Aplaceformetoexpressmyfeelingsince

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 09, 2014

Air Mineral 500ml & 600ml.

Antara 500ml dan 600ml tu adalah besar bezanya. Botol yang 600ml lagi banyak kuantiti air daripada 500ml. Lagi besar jasanya kepada pemiliknya. Lagi kurang peratusan pemiliknya untuk kehausan. Dan lagi untung pemiliknya kerana lambat kehabisan air.

Sebab, dua-dua air mineral tu sama saja harga. Tolak tepi harga dekat pasaraya Giant ke Mydin ke Tesco ke dan termasuk kedai dekat RnR jugak. Kita banding harga dekat kedai runcit Ah Meng seberang jalan je. Nak jenis apa, terpulang pada citarasa masing-masing, air botol mineral baik 500ml ke 600ml semuanya RM1.00. 

So, pilihan terletak atas kehendak kita sendiri. Tiada siapa yang mempengaruhi kita. Samalah juga dengan pilihan untuk masa depan. Orang ramai memberi cadangan, maka cadangan itu menjadi pilihan kepada kita. Dan yang membuat keputusan muktamad pada akhirnya ialah diri kita sendiri. 

Lagi besar langkah yang kita ambil, lagi besar peluang yang kita akan perolehi. Buang jauh-jauh rasa insecure dan negativity dalam diri, kerna itu yang akan menghalang kita untuk mengambil langkah yang lagi besar. 

Antara air mineral 500ml & 600ml, yang mana satu pilihan kita? 


*** Dan pilihan aku pada masa sekarang ni ialah siapkan report praktikal dan academic writing research. 

Till then. :)