Aplaceformetoexpressmyfeelingsince

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 25, 2011

al-Fatihah :(

assalamualaikum blogger(s).

Jiha,
Takziah atas pemergian Ma yang tersayang daripada kim sekeluarga.
Ingatlah bahawa sesungguhnya ALLAH S.W.T. tidak akan memberikan kita dugaan di luar kemampuan kita. Bersabarlah sayang dalam menghadapi segala dugaan ini. Tabahkan hati dan semangat awak. Dan semoga arwah ibu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AMIN. 
hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya, melainkan ada tiga perkara (yang tidak terputus); iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dengannya dan anak yang salih yang sentiasa mendoakan ibu bapanya”.
(Hadis riwayat Muslim).
 Mohon teman alam maya sedekahkan al-Fatihah buat arwah ibu kawan baik saya. :(
 # setiap yang hidup pasti akan mati, tinggalkan kemewahan dunia dan hanya amal-jariah yang mengiringi kita. Bersediakan kita untuk menempuhi detik itu ? :( 

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday @ 5

assalamualaikum and hye :)

Cuba korang tengok dekat bende-yang-AKU-boldkan-tuh. HEHE XD



# Maaf sebab aku dah lama tak update blog. 
## Aku ada banyak bende yang nak kongsi dekat sini TAPI nantilah yea. HEHE
### Salinan sijil Akademik aku banyak lagi yang tak disahkan. ohh masa ! hmm.


Monday, July 25, 2011

Tolong hormati keputusan aku :)

assalamualaikum and good evening peeps ! 

____________________
* hari itu,waktu itu,detik itu.
dia  : eh, kao dapat course ape weyh ?
aku : aku dapat masscomm-publishing.
dia  : erk, bagus ke course tu ? Bukan ke kao dulu asasi tesl ? asal dapat masscomm pulak ? 
aku : --speechless-- tak tahu nak jawab apa.

buat semua yang bersikap seperti 'dia' -     
iye. aku dapat ijazah sarjana muda komunikasi media-penerbitan.
iye. aku lepasan asasi TESL
iye. ini kenyataannya. 

TETAPI
pernah ke kao, kao, korang pernah cuba untuk faham perasaan aku ? betapa aku inginkan peluang untuk sambung degree dalam course education-TESL nie. betapa aku kecewa bila terima keputusan muet yang sangat mendukacitakan aku. betapa aku terkilan melihat mereka yang berjaya mendapat temuduga MeDSI. betapa aku inginkan TESL dalam hidup aku. dan betapa sedihnya jiwa aku bila aku seorang sahaja yang dapat kolej laen meanwhile kawan aku yang dapat sambung degree TESL duduk dekat kolej lain. dan juga betapa hati aku merintih meraung mahukan degree TESL.

dan kenapa aku pilih masscomm ?
masscomm ialah pilihan aku selepas TESL. aku tak pandai math. aku tak hebat tuk menghafal, aku tak pandai nak mereka. cuma aku ialah aku. sebelum aku pilih course nie, aku dah puas tanya diri aku iaitu apa yang aku nak, apa yang aku minat. aku percaya dengan course ini, aku akan dapat kepuasan. aku akan dapat apa yang diimpikan even satu benda yang amat aku harapkan ialah degree tesl. Dan aku sangat berharap kao, kao, dan korang akan sokong pilihan aku. Dan aku sangat berharap agar kao, kao dan korang tidak mempertikaikan pilihan aku ini. tolong. tolong doakan aku berjaya dalam mengejar cita-cita aku. tolong....


## aku bersyukur dikurniakan kawan-kawan yang baik macam kao, kao, dan korang. 
### belajar daripada kesilapan lalu kim. hwaiting ! 
#### moga pelangi indah bakal menghiasi hari yang kelam sesudah titisan renyai membasahi bumi.


Sekian.

Kolej Melati

assalamualaikum and hye everyone ! :)
* ini entry cepat. HAHA :p
KOLEJ MELATI :Kolej Melati mempunyai kapasiti 3450 pelajar dan mula beroperasi pada semester November 2002. Terdapat 4 blok iaitu blok 4A mempunyai ketinggian 8 tingkat manakala blok 4B,10 tingkat dengan muatan dua orang sebilik. Kemudahan lif disediakan bagi kedua-dua blok tersebut manakala blok 3A dan 3B masing-masing mempunyai ketinggian 4 tingkat dengan muatan 4 orang sebilik. Pejabat Pengurusan Kolej terletak di bahagian bawah antara blok 3A dan blok 4A.

Kolej Melati terletak berhampiran dengan Kolej Teratai, bersebelahan Kolej Mawar dan berhadapan Blok III (Twin Tower / Menara SNT ). 
Sumber : Cik Faryna Laryna (FB)
## semangat tak aku nak masuk kolej ? HAHA. dan yang paling tak bestnye im alone. ramai kawan TESL dapat satu uni dengan aku, tapi malangnya mereka semua dapat kolej mawar. ohh, boleh tak aku nak buat surat rayuan tukar kolej ? HEHEHE. :p 
sekian.

Friday, July 22, 2011

Panorama 1

Cantiknya ciptaan Tuhan, ALLAH itu Maha Besar.

# lokasi - Muara Sungai Terengganu.

Thursday, July 21, 2011

Saya Dari Universiti Teknologi Mara :)

Assalamualaikum and happy thursday ! :)



### oke.mungkin aku terlalu exsaited nak cari kawan-baru-yang-dapat-sama-course-dengan-aku-tyme-degree-nanty. :p

  • Nama penuh rasanya tak perlu kot. hehe. just call me kimah or kim. * tyme asasi dulu budak-budak nie panggil aku cik kim. depends atas korang lah ye. :D 
  • saya baru habis asasi dekat uitm kuantan sane. dan bakal melanjutkan pelajaran jugak di UiTM tapi bukan dekat kuantan dah. saya akan sambung degree saya dekat uitm shah alam pada bulan september tahun 2011 nanty. lebih kurang sebulan setengah lagi lah kot. Dan bakal menginap di kolej Melati. anyone yang tahu dekat mane kolej melati ? seriously i dont know anything bout the location. huh. i need a map. :|
  • Bakal menjadi siswi part one dalam fac masscomm. dan course yang saya dapat ialah publishing. Is there any senior here ? or sesiapa yang dapat satu course dengan saya ? jom lah kite daftar sekali nanty. Heheehe :D
*Terima Kasih UiTM kerana masih menyayangi saya ! Sayang UiTM. Hehehe ! :D
*Dan nak tanya nie, tyme degree nanti takde orientasi dah kan ? HAHA



Sekian.