Aplaceformetoexpressmyfeelingsince

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 09, 2014

Air Mineral 500ml & 600ml.

Antara 500ml dan 600ml tu adalah besar bezanya. Botol yang 600ml lagi banyak kuantiti air daripada 500ml. Lagi besar jasanya kepada pemiliknya. Lagi kurang peratusan pemiliknya untuk kehausan. Dan lagi untung pemiliknya kerana lambat kehabisan air.

Sebab, dua-dua air mineral tu sama saja harga. Tolak tepi harga dekat pasaraya Giant ke Mydin ke Tesco ke dan termasuk kedai dekat RnR jugak. Kita banding harga dekat kedai runcit Ah Meng seberang jalan je. Nak jenis apa, terpulang pada citarasa masing-masing, air botol mineral baik 500ml ke 600ml semuanya RM1.00. 

So, pilihan terletak atas kehendak kita sendiri. Tiada siapa yang mempengaruhi kita. Samalah juga dengan pilihan untuk masa depan. Orang ramai memberi cadangan, maka cadangan itu menjadi pilihan kepada kita. Dan yang membuat keputusan muktamad pada akhirnya ialah diri kita sendiri. 

Lagi besar langkah yang kita ambil, lagi besar peluang yang kita akan perolehi. Buang jauh-jauh rasa insecure dan negativity dalam diri, kerna itu yang akan menghalang kita untuk mengambil langkah yang lagi besar. 

Antara air mineral 500ml & 600ml, yang mana satu pilihan kita? 


*** Dan pilihan aku pada masa sekarang ni ialah siapkan report praktikal dan academic writing research. 

Till then. :) 

Tuesday, May 27, 2014

Permohonan Master : Aku Perlukan Bantuan

Salam & Hi. :)

Baki hari praktikal tinggal lagi belas-belas je. Tapi status AW (academic writing) dengan report praktikal pun ngah tercungap-cungap lagi. Hah, sape nak tolong bagi pertolongan cemas dekat aku ni. 

Sekarang ni kalau ada je masa kosong terus sambung buat report. Kalau bertangguh memang jadi mata panda la esoknya. Nanti tergugat panda gergasi dekat Zoo Negara tu. Hehe. Ni semua kes menahan ngantuk buat kerja tengah-tengah malam la. Salahkan diri sendiri kim jangan salahkan panda. Oppppss! 

K panjang bebenor intro kali ni. Sebenarnya aku nak tanya pendapat korang la kan, -kimah ni perasan yang ada orang baca blog dia- ni untuk sambung master, kita boleh apply masa semester akhir degree ke KENA tunggu habis degree and konvo dulu? Ni yang aku konpius. Mandi basah, perut kenyang, cuma tak lena tidur jela bila pikir pasal benda ni. 

Dan lagi satu, apa beza master yang coursework dengan master research? apa kelebihannya kalau kita amek salah satu tu? Tapi ada juga uni yang tawar both coursework & research. Contohnya macam Universiti Malaya. 

Sekarang berbelah bagi sangat hati dan perasaan bila nak habis belajar ni. Besar tanggungjawab dan komitmen yang menanti bila officially habis belajar. Hok pasal ni aku cerita lain entry k. Hihi. 


Aku harap sangat ada yang bagi feedback. Please.


Terima Kasih sebab rajin baca post saya. :D

K dah, bos panggil ada kerja. Sambung lagi yea. Tata~~

Wednesday, April 16, 2014

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2014 | PENERBIT UMT

Salam Hormat dan Salam 1 Malaysia. 

Dengan sukacitanya saya menjemput semua YBhg.Dato',Prof,Tuan,Puan,cikgu-cikgu,pensyarah-pensyarah,rakan-rakan serta orang ramai untuk berkunjung ke booth Penerbit UMT bersama MAPIM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014 bermula 24 April hingga 04 Mei. Pelbagai judul buku menarik dan potongan diskaun sebanyak 20% menanti kunjungan anda semua. Jangan lupa datang yea! Terima Kasih. :)

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur  2014 | Penerbit UMT

p/s: Meh ler pakat pg beli buku belake deh. Hehe. XD
p/s: Banyak buku hok menarik tertarik memang da bomb menunggu awop semua. Hehe. XD

Thursday, April 10, 2014

Apa nak tulis?

Otak tak tahu nak tulis apa, tapi hati tetap nak update blog jugak. Haih, cuba cari ayat lain sikit nak buat permulaan. Dah lama tak menulis, sila salahkan teknologi yang semakin canggih. Apa orang cakap, Internet kan hanya di hujung jari. 


Okay. Nanti bila dah idea, aku datang tulis lagi. 
Wassalam. :)

p/s: Aku dah start praktikal dah. 

Sunday, October 06, 2013

Hypocrite

Salam & Hi.

I'm really need some good listeners that can lend me your ears, lends me your shoulders right now. I'm totally down. Its really a shocking news for me. I'm sad but what can I do? People changed. People is different. People have their own hidden plans. 

Dear AZ, I'm totally lost. I don't know what are my mistakes to you. Maybe I do something without I noticed and that may hurt your feelings. But, please don't stab me in my back. I do really want you to tell me the truth. Don't afraid with me. I am not a MONSTER. I am just normal person. 

Dear SK, I'm sorry for hurting you. I'm sorry for my mistakes. It is KARMA right? What you give, you'll get back. And now, I'm hurting as well. 

I cried. I thought. I forgot everything. I cant do anything. I want my family. I want my mom. That's all I need right now. 

I may forgive you but I cannot forget what you did to me. Being nice to me just in front of me and then you criticized me when I'm not with you. You are really great dear AZ. If you read this, you know who you are. I do not know if you know about my blog, but if you do, I am really hope you will read this. Thank you for being such a hypocrite friend of mine. Thank you so much.

Till then. Wassalam and Good Bye.

Sunday, March 31, 2013

Masa Main Dah Habis.

Salam dan Hai semua. :)

Risau.
Bimbang.
Takut.

Semuanya membawa maksud yang sama.

Hakimah kena kuat.
Yakin boleh buat.
Have faith.

Tapi...

Mana hilangnya semangat ?
Mana perginya kerajinan?
Mana ? Mana ?

Mungkin, 

Allah hendak uji.
Allah nak bagi Hakimah lagi kuat.
Allah nak suruh Hakimah lagi berusaha.

yea. 
Hakimah kena bangkit.

SubhanaALLAH. Ya ALLAH, kau redhailah jalanku ini. 
Semoga aku menjadi lebih baik. Amin.

........................

Hari ini, 31 Mac 2013,
Berakhir minggu keempat, berakhir sebulan menimba ilmu di Shah Alam.

Moga minggu esok, Minggu kelima, 
membawa seribu sinar kebahagiaan dan petunjuk buatku. 
Maka, dengan ini jua officially semua subjek akan datang membawa hadiah (tests,presentations,assignments). 

Jadi. MASA MAIN DAH HABIS yea hakimah. DAH HABIS!!! 
Sekarang masa untuk lebih fokus. yea, focus-mode is now activating.

Good Luck for uolls. take care. 

Wassalam. Syukran Jazillan. ^_^

p/s: Jom jogging dekat Tasik Seksyen 7. Jogging baik untuk kesihatan. :)