Aplaceformetoexpressmyfeelingsince

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 10, 2012

Terima Kasih BERNAS.

Assalamuallaikum wbt.



   Sesungguhnya Iklan Raya daripada BERNAS ini memberikan seribu erti kepada semua penontonnya. Kemunculan watak kanak-kanak cilik yang lagi istimewa berjaya meninggalkan kesan yang mendalam kepada aku sendiri. Kesedihan dan kerinduan yang ditanggung oleh Ahmad untuk menyambut Hari Raya bersama arwah ibunya di Tanah Perkuburan dan ditambah dengan pengorbanan dan kesetiaan seorang kawan, Fizi yang juga merupakan kanak-kanak istimewa sepertinya sanggup bersusah-payah mencari jalan untuk pulang ke Segamat.Jadilah seperti Pak Cik teksi yang saggup memberi diskaun kepasa mereka. Dan juga contohilah Pak Cik yang memandu lori itu yang menolong menghantar mereka hingga sampai ke tempat yang mereka hendak tuju. 

Semoga video Iklan Raya ini memberikan kita keinsafan dan pengertiaan bahawa masih terdapat golongan yang tidak bernasib baik dan tidak mempunyai ahli keluarga di musim perayaan yang meriah ini. marilah kita sama-sama menghayati isi teladannya. Akhir kata, Terima Kasih BERNAS.

Wassalam. Sekian.