Aplaceformetoexpressmyfeelingsince

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 27, 2014

Permohonan Master : Aku Perlukan Bantuan

Salam & Hi. :)

Baki hari praktikal tinggal lagi belas-belas je. Tapi status AW (academic writing) dengan report praktikal pun ngah tercungap-cungap lagi. Hah, sape nak tolong bagi pertolongan cemas dekat aku ni. 

Sekarang ni kalau ada je masa kosong terus sambung buat report. Kalau bertangguh memang jadi mata panda la esoknya. Nanti tergugat panda gergasi dekat Zoo Negara tu. Hehe. Ni semua kes menahan ngantuk buat kerja tengah-tengah malam la. Salahkan diri sendiri kim jangan salahkan panda. Oppppss! 

K panjang bebenor intro kali ni. Sebenarnya aku nak tanya pendapat korang la kan, -kimah ni perasan yang ada orang baca blog dia- ni untuk sambung master, kita boleh apply masa semester akhir degree ke KENA tunggu habis degree and konvo dulu? Ni yang aku konpius. Mandi basah, perut kenyang, cuma tak lena tidur jela bila pikir pasal benda ni. 

Dan lagi satu, apa beza master yang coursework dengan master research? apa kelebihannya kalau kita amek salah satu tu? Tapi ada juga uni yang tawar both coursework & research. Contohnya macam Universiti Malaya. 

Sekarang berbelah bagi sangat hati dan perasaan bila nak habis belajar ni. Besar tanggungjawab dan komitmen yang menanti bila officially habis belajar. Hok pasal ni aku cerita lain entry k. Hihi. 


Aku harap sangat ada yang bagi feedback. Please.


Terima Kasih sebab rajin baca post saya. :D

K dah, bos panggil ada kerja. Sambung lagi yea. Tata~~