Aplaceformetoexpressmyfeelingsince

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 25, 2011

Tolong hormati keputusan aku :)

assalamualaikum and good evening peeps ! 

____________________
* hari itu,waktu itu,detik itu.
dia  : eh, kao dapat course ape weyh ?
aku : aku dapat masscomm-publishing.
dia  : erk, bagus ke course tu ? Bukan ke kao dulu asasi tesl ? asal dapat masscomm pulak ? 
aku : --speechless-- tak tahu nak jawab apa.

buat semua yang bersikap seperti 'dia' -     
iye. aku dapat ijazah sarjana muda komunikasi media-penerbitan.
iye. aku lepasan asasi TESL
iye. ini kenyataannya. 

TETAPI
pernah ke kao, kao, korang pernah cuba untuk faham perasaan aku ? betapa aku inginkan peluang untuk sambung degree dalam course education-TESL nie. betapa aku kecewa bila terima keputusan muet yang sangat mendukacitakan aku. betapa aku terkilan melihat mereka yang berjaya mendapat temuduga MeDSI. betapa aku inginkan TESL dalam hidup aku. dan betapa sedihnya jiwa aku bila aku seorang sahaja yang dapat kolej laen meanwhile kawan aku yang dapat sambung degree TESL duduk dekat kolej lain. dan juga betapa hati aku merintih meraung mahukan degree TESL.

dan kenapa aku pilih masscomm ?
masscomm ialah pilihan aku selepas TESL. aku tak pandai math. aku tak hebat tuk menghafal, aku tak pandai nak mereka. cuma aku ialah aku. sebelum aku pilih course nie, aku dah puas tanya diri aku iaitu apa yang aku nak, apa yang aku minat. aku percaya dengan course ini, aku akan dapat kepuasan. aku akan dapat apa yang diimpikan even satu benda yang amat aku harapkan ialah degree tesl. Dan aku sangat berharap kao, kao, dan korang akan sokong pilihan aku. Dan aku sangat berharap agar kao, kao dan korang tidak mempertikaikan pilihan aku ini. tolong. tolong doakan aku berjaya dalam mengejar cita-cita aku. tolong....


## aku bersyukur dikurniakan kawan-kawan yang baik macam kao, kao, dan korang. 
### belajar daripada kesilapan lalu kim. hwaiting ! 
#### moga pelangi indah bakal menghiasi hari yang kelam sesudah titisan renyai membasahi bumi.


Sekian.

Kolej Melati

assalamualaikum and hye everyone ! :)
* ini entry cepat. HAHA :p
KOLEJ MELATI :Kolej Melati mempunyai kapasiti 3450 pelajar dan mula beroperasi pada semester November 2002. Terdapat 4 blok iaitu blok 4A mempunyai ketinggian 8 tingkat manakala blok 4B,10 tingkat dengan muatan dua orang sebilik. Kemudahan lif disediakan bagi kedua-dua blok tersebut manakala blok 3A dan 3B masing-masing mempunyai ketinggian 4 tingkat dengan muatan 4 orang sebilik. Pejabat Pengurusan Kolej terletak di bahagian bawah antara blok 3A dan blok 4A.

Kolej Melati terletak berhampiran dengan Kolej Teratai, bersebelahan Kolej Mawar dan berhadapan Blok III (Twin Tower / Menara SNT ). 
Sumber : Cik Faryna Laryna (FB)
## semangat tak aku nak masuk kolej ? HAHA. dan yang paling tak bestnye im alone. ramai kawan TESL dapat satu uni dengan aku, tapi malangnya mereka semua dapat kolej mawar. ohh, boleh tak aku nak buat surat rayuan tukar kolej ? HEHEHE. :p 
sekian.

Friday, July 22, 2011

Panorama 1

Cantiknya ciptaan Tuhan, ALLAH itu Maha Besar.

# lokasi - Muara Sungai Terengganu.

Thursday, July 21, 2011

Saya Dari Universiti Teknologi Mara :)

Assalamualaikum and happy thursday ! :)



### oke.mungkin aku terlalu exsaited nak cari kawan-baru-yang-dapat-sama-course-dengan-aku-tyme-degree-nanty. :p

  • Nama penuh rasanya tak perlu kot. hehe. just call me kimah or kim. * tyme asasi dulu budak-budak nie panggil aku cik kim. depends atas korang lah ye. :D 
  • saya baru habis asasi dekat uitm kuantan sane. dan bakal melanjutkan pelajaran jugak di UiTM tapi bukan dekat kuantan dah. saya akan sambung degree saya dekat uitm shah alam pada bulan september tahun 2011 nanty. lebih kurang sebulan setengah lagi lah kot. Dan bakal menginap di kolej Melati. anyone yang tahu dekat mane kolej melati ? seriously i dont know anything bout the location. huh. i need a map. :|
  • Bakal menjadi siswi part one dalam fac masscomm. dan course yang saya dapat ialah publishing. Is there any senior here ? or sesiapa yang dapat satu course dengan saya ? jom lah kite daftar sekali nanty. Heheehe :D
*Terima Kasih UiTM kerana masih menyayangi saya ! Sayang UiTM. Hehehe ! :D
*Dan nak tanya nie, tyme degree nanti takde orientasi dah kan ? HAHA



Sekian.
 







 

Segmen cx's : geng UiTM by campus

assalamualaikum and hye ! 
* hari nie terlebih rajen hupdate blog sampai due tige kali. HAHA 

ok.pendekkan cerita. 
 


oke.done with all the title and header things. 
sekarang ayuh ! mari menjawab soalan daripada owner segmen nie pulak ! :)
# UiTM campus mana
i actually ex-teslian from UiTM campus kuantan, Pahang. BUT, bulan 9 nanti i akan daftar masuk degree dekat UiTM Shah Alam. (:

# Course apa 
i masa tahun 2010 amek asasi TESL dekat kuantan sana, DAN nanty bulan 9 tahun 2011 nie pulak i akan belajar degree course masscomm-publishing dekat SA. 

# Part Berapa
i sekarang sedang menghabiskan cuti dan inshaALLAH bulan september nanty bakal bergelar mahasiswi part 1 di fac mass comm. HEHE ada tak anyone yang dapat course sama dengan kim ? then pm me oke ! :)

 # Dan saya tag mereka ini
Dan jugak kepada semua bloggers yang singgah entry ini. :)


Sekian.

Menara Gading

assalamualaikum dan hye ! :)

### Firstly, nak mintak maaf sebab dah lama tak update blog, kerna line internet kurang mengizinkan. HEHE :p 


 Orang cakap kan Ta semestinya apa yang kita selalu impikan itu, akan selalu jadi hak milik kita. Mungkin ini satu percaturan hidup di mana kita harus ingat di mana-mana ada rezeki kita. 
 Dan seharusnya diri ini bersyukur kerna mendapat peluang untuk terus menyambung pelajaran ke menara gading.  

Tahniah untuk semua rakan-rakan Matrikulasi, Asasi UiTM, dan juga PASUM. :)
Dan kepada yang berdukacita, insyaALLAH sesuatu yang lebih baik akan menyusul selepas ini.

Dan buat saya :

InsyaALLAH selamat belajar 3 tahun di UiTM Shah Alam.
daftar 7 September 2011 * mood raya lagi tuh. adoyai.

 Sekian. 



Thursday, July 07, 2011

03072011 - Part 2

assalamualaikum dan salam sejahtera ! :)

      Lepas je sampai dekat kedai, borak-borak, bukak lappy sambil dengar lagu, tetibee terdengar irama keroncong yang amat melucukan. ohh, wahai perut, bersabarlah kao. kesian dikao kerana menjadi mangsa keadaan. HAHA. ehh, lupa pulak, sebelum balik kedai,kim dan zatie pergi hantar nadya balik rumah makcik die dekat losong. aina pulak balik rumah die terus. Jadi hanya kami berdua yang tinggal. Zatie lepak dengan kim dulu dalam kedai sebab petang tu kami nak pergi satu tempat. tempat apa ? secret ! :) dan dan lepas berbincang cara untuk menghilangkan irama yang mempesonakan itu, zatie powm pergi beli set lunch McD tu. senang. hanya drive-thru je. 

     Makan-makan sambil bukak cerite lama, cerita zaman plkn dulu. sedar-sedar dah nak dekat pukul 4.30. So, tyme untuk tutup kedai ye. * kim balek awal hari tu. huahuahua.   Tepon aina cakap dah nak gerak pergi secret place iaitu PANTAI BATU BURUK. lama giler ta pergi sana. rindu nak makan float a&w. haha. asyik nak makan je kann. okay, cut the crap ! 

   tunggu punye tunggu sampai jugak aina. Dan kami powm bersuka-ria dengan hati yang  masih geram dengan kejadian tengah hari yang memalukan itu. huhu. Dan kisah ini TAMAT apabila semua melambaikan tangan 'Moga Jumpa Lagi' dan balik ke rumah masing-masing. Sekian. :)

- Kami ialah Pengawal Pantai Sambilan -

the END.

Spontaneous Thursday @ 3

assalamualaikum dan salam satu malaysia :)

- Lesen P -

the END.

Monday, July 04, 2011

03072011 - Part 1

assalamualaikum and hye reader(s).

*INI CERITA HARI KELMARIN*
Disebabkan waktu kerja yang berlainan dan ketidaksamaan OFFDAY kami, JADI, kami powm plan nak keluar lunch semalam. Dan yang paling untungnya ada orang-nak-belanje-makan. So, dengan penuh segala excited nye, kami powm terus je setujuuuuuuu.

tepat jam 1.10 petang, zatie dan nadya sampai dekat kedai tuk amek kim. Lepas tu, kami tunggu ceraf datang ambik kami sebab DIA lah yang tukang nak belanje nye. ingatkan nak belanje dekat kedai makan TETAPI rupa-rupanya abang die kawen. Dan makan tengahari yang dijanjikan itu adalah nasi beriyani kenduri kawen. ohh WHAT ? macam histeria je semalam tyme nak masuk dalam majlis tu. segan KOT. hello Asyraf ! sini terengganu lah. NOT k.L ok. huh. buat malu je semalam. ramai-ramai orang semua pakai baju kurung, yang laen dan pelik daripada orang lain hanya KAMI BEREMPAT sahaje. Sebab terlalu segan, kiteorang ta makan powm,. just minum air je. lepas tu terus balik ke kedai. ohh, jaga kao ceraf, nanty kene ahh kao. :p
* nantikan kemunculan part 2 ye. :)

Sunday, July 03, 2011

Happy Birthday my special-bestfriend :)

assalamualaikum dan selamat pagi semua. :D

* mula-mula sekali nak ucap terima kasih pada abang-abang sebelah kedai sebab dah tolong saya buka kedai tadi. - kunci terlekat kat dalam, lepas satu jam baru lah boleh tarik keluar.- Walaupun saya tahu kalian tak kan baca entry ini sebab korang tak tahu yang saya ada blog, ketahuilah bahawa saya amat menghargai pertolongan kalian tadi. terima kasih. :)

to my special bestfriend, 
.Nur Izzati binti Mustahna.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU !

       Dear ijat, kao lah kawan kedua aku selepas jannah dekat Uitm Kuantan. Mula-mula ingatkan kao sombong TAPI ternyata tak, kao baik. Malahan kita pakai beg yang sama-jenis-sama-warna kan masa hari daftar masuk semester satu dulu. lepas tu, di mana ada aku, selalu ada kao, dan jugak sebaliknya sepanjang minggu orientasi tu. Group kita juga bersebelahan dan bilik kita juga berhadapan. pergi makan sama-sama, duduk dalam dewan DSG sama-sama kan sampailah balik powm duduk dalam bas sama-sama. Lepas sampai dekat kampus, kita diberi cuti selama seminggu kan. Kita terus berhubungan through fon, add akaun facebook. balas-balas komen, upload gambar tyme MDS. happy time kann. :)

Even kita berlainan kelas, berlainan bilik, kita tetap kawan baik kan. kebetulan jannah satu kelas dengan kao, persahabatan itu makin bertambah erat. dan kemudian lengkap dengan kehadiran sarah dan fina. kemudian kita tinggal satu dorm dekat lkpim tika sem 1 dan satu bilik lengkap dengan aku, kao, sarah, jannah dan fina dekat sekilau masa sem 2. Secara ta langsung masa kita banyak dihabiskan bersama kan. keluar makan ramai-ramai, berkongsi cerita, kao ngan jannah dan fina suka usik aku sampai aku nanges kan, hehe. Semua itu bagi kenangan terindah pada aku. 

ijat,
terima kasih kerana sudi jadi telinga bagi aku,
terima kasih kerana sudi jadi mak aku * rujuk pada nasihat-nasihat kao pada aku.
terima kasih kerana jadi partner aku makan, partner aku study, partner aku dengar lagu.
terima kasih kerana tolong belikan nom pin ipg untuk aku.
terima kasih kerana teman aku pegi mana-mana.
terima kasih kerana sabar dengan sikap aku yang sering berubah-ubah nie.
terima kasih kerana ajar aku pakai shawl. hehee
terima kasih kerana bagi aku tidur katil bawah * katil ku katil mu jua. :)
terima kasih kerana hadiahkan aku persahabatan ini.
terima kasih atas segalanya.
terima kasih. :D

DAN juga,
maafkan aku jika ada salah dan silap. 
coretan buat kao :-

Dia dipanggil cahaye,
Dia dipanggil ijat,
Dia bernama izzati,
Dia cantik orangnya,
Dia baik pekertinya,
Dia rajin perilakunya,
Dia penyayang sifatnya,
Dia selalu ada,
Dia selalu tersenyum,
Dia teristimewa !

* ini masterpiece daripada hakimah mohamad khas buat insan bernama nur izzati binti mustahna :)

the END.

Saturday, July 02, 2011

Happy Birthday Qila :)

assalamualaikum and happy saturday peeps ! :)
.02 JULY 2011.

Happy Birthday Qila Munira.
-kita dah kawan sejak tusyen tingkatan lima sampai sekarang-
awak kawan terbaik-tercomel yang pernah saya ada
kenangan sama-sama belajar dalam kelas tusyen dulu akan sentiasa di ingati
tak sangka kan pertemuan yang tidak diduga akan berkekalan hingga ke hari ini.

- moga awak sentiasa di-rahmati dan dilindungi ALLAH.
- moga awak akan dapat apa yang awak impikan selama ini.
- moga awak akan selalu ceria dan gembira.
- moga sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.
* new month.new dreams.new header.new colour. :) 
* DAN tak lupa jugak nak ucap HAPPY JULY !

the END.