Aplaceformetoexpressmyfeelingsince

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 03, 2011

Happy Birthday my special-bestfriend :)

assalamualaikum dan selamat pagi semua. :D

* mula-mula sekali nak ucap terima kasih pada abang-abang sebelah kedai sebab dah tolong saya buka kedai tadi. - kunci terlekat kat dalam, lepas satu jam baru lah boleh tarik keluar.- Walaupun saya tahu kalian tak kan baca entry ini sebab korang tak tahu yang saya ada blog, ketahuilah bahawa saya amat menghargai pertolongan kalian tadi. terima kasih. :)

to my special bestfriend, 
.Nur Izzati binti Mustahna.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU !

       Dear ijat, kao lah kawan kedua aku selepas jannah dekat Uitm Kuantan. Mula-mula ingatkan kao sombong TAPI ternyata tak, kao baik. Malahan kita pakai beg yang sama-jenis-sama-warna kan masa hari daftar masuk semester satu dulu. lepas tu, di mana ada aku, selalu ada kao, dan jugak sebaliknya sepanjang minggu orientasi tu. Group kita juga bersebelahan dan bilik kita juga berhadapan. pergi makan sama-sama, duduk dalam dewan DSG sama-sama kan sampailah balik powm duduk dalam bas sama-sama. Lepas sampai dekat kampus, kita diberi cuti selama seminggu kan. Kita terus berhubungan through fon, add akaun facebook. balas-balas komen, upload gambar tyme MDS. happy time kann. :)

Even kita berlainan kelas, berlainan bilik, kita tetap kawan baik kan. kebetulan jannah satu kelas dengan kao, persahabatan itu makin bertambah erat. dan kemudian lengkap dengan kehadiran sarah dan fina. kemudian kita tinggal satu dorm dekat lkpim tika sem 1 dan satu bilik lengkap dengan aku, kao, sarah, jannah dan fina dekat sekilau masa sem 2. Secara ta langsung masa kita banyak dihabiskan bersama kan. keluar makan ramai-ramai, berkongsi cerita, kao ngan jannah dan fina suka usik aku sampai aku nanges kan, hehe. Semua itu bagi kenangan terindah pada aku. 

ijat,
terima kasih kerana sudi jadi telinga bagi aku,
terima kasih kerana sudi jadi mak aku * rujuk pada nasihat-nasihat kao pada aku.
terima kasih kerana jadi partner aku makan, partner aku study, partner aku dengar lagu.
terima kasih kerana tolong belikan nom pin ipg untuk aku.
terima kasih kerana teman aku pegi mana-mana.
terima kasih kerana sabar dengan sikap aku yang sering berubah-ubah nie.
terima kasih kerana ajar aku pakai shawl. hehee
terima kasih kerana bagi aku tidur katil bawah * katil ku katil mu jua. :)
terima kasih kerana hadiahkan aku persahabatan ini.
terima kasih atas segalanya.
terima kasih. :D

DAN juga,
maafkan aku jika ada salah dan silap. 
coretan buat kao :-

Dia dipanggil cahaye,
Dia dipanggil ijat,
Dia bernama izzati,
Dia cantik orangnya,
Dia baik pekertinya,
Dia rajin perilakunya,
Dia penyayang sifatnya,
Dia selalu ada,
Dia selalu tersenyum,
Dia teristimewa !

* ini masterpiece daripada hakimah mohamad khas buat insan bernama nur izzati binti mustahna :)

the END.

No comments: