Aplaceformetoexpressmyfeelingsince

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 12, 2011

sorry

assalamualaikum dan hyeeeeeee korang !
* even aku pun dah tak sure ade ke tak orang bace blog nie.

ini classmates aku dekat degree. peaceeeee yaww !



mule-mule dah macam akward gyler nak menulis sebab dah lame sangat tak menulis.HUHU. maybe sebab tahap kemalasan dan kerajinan tak seimbang sebab tu jadi macam nie. wakakakaka, #damn.

TAPI aku rajin blogwalking ke banyakkkkkkkkk blog. wahhh, rajen gyler korang update.
satu hari satu post pulak tuhhhhhh. TERKESIMA.TERKEDU.TERKAGUM. 


BTW, sekarang aku sedang MID-SEM-BREAK. dan akan berakhir satu hari lagi. nanty aku update balik ea pasal nie. HEHE. got to go. bubye peeps ! :)


lots of love. -cikkim-

Thursday, August 25, 2011

al-Fatihah :(

assalamualaikum blogger(s).

Jiha,
Takziah atas pemergian Ma yang tersayang daripada kim sekeluarga.
Ingatlah bahawa sesungguhnya ALLAH S.W.T. tidak akan memberikan kita dugaan di luar kemampuan kita. Bersabarlah sayang dalam menghadapi segala dugaan ini. Tabahkan hati dan semangat awak. Dan semoga arwah ibu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AMIN. 
hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya, melainkan ada tiga perkara (yang tidak terputus); iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dengannya dan anak yang salih yang sentiasa mendoakan ibu bapanya”.
(Hadis riwayat Muslim).
 Mohon teman alam maya sedekahkan al-Fatihah buat arwah ibu kawan baik saya. :(
 # setiap yang hidup pasti akan mati, tinggalkan kemewahan dunia dan hanya amal-jariah yang mengiringi kita. Bersediakan kita untuk menempuhi detik itu ? :( 

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday @ 5

assalamualaikum and hye :)

Cuba korang tengok dekat bende-yang-AKU-boldkan-tuh. HEHE XD



# Maaf sebab aku dah lama tak update blog. 
## Aku ada banyak bende yang nak kongsi dekat sini TAPI nantilah yea. HEHE
### Salinan sijil Akademik aku banyak lagi yang tak disahkan. ohh masa ! hmm.


Monday, July 25, 2011

Tolong hormati keputusan aku :)

assalamualaikum and good evening peeps ! 

____________________
* hari itu,waktu itu,detik itu.
dia  : eh, kao dapat course ape weyh ?
aku : aku dapat masscomm-publishing.
dia  : erk, bagus ke course tu ? Bukan ke kao dulu asasi tesl ? asal dapat masscomm pulak ? 
aku : --speechless-- tak tahu nak jawab apa.

buat semua yang bersikap seperti 'dia' -     
iye. aku dapat ijazah sarjana muda komunikasi media-penerbitan.
iye. aku lepasan asasi TESL
iye. ini kenyataannya. 

TETAPI
pernah ke kao, kao, korang pernah cuba untuk faham perasaan aku ? betapa aku inginkan peluang untuk sambung degree dalam course education-TESL nie. betapa aku kecewa bila terima keputusan muet yang sangat mendukacitakan aku. betapa aku terkilan melihat mereka yang berjaya mendapat temuduga MeDSI. betapa aku inginkan TESL dalam hidup aku. dan betapa sedihnya jiwa aku bila aku seorang sahaja yang dapat kolej laen meanwhile kawan aku yang dapat sambung degree TESL duduk dekat kolej lain. dan juga betapa hati aku merintih meraung mahukan degree TESL.

dan kenapa aku pilih masscomm ?
masscomm ialah pilihan aku selepas TESL. aku tak pandai math. aku tak hebat tuk menghafal, aku tak pandai nak mereka. cuma aku ialah aku. sebelum aku pilih course nie, aku dah puas tanya diri aku iaitu apa yang aku nak, apa yang aku minat. aku percaya dengan course ini, aku akan dapat kepuasan. aku akan dapat apa yang diimpikan even satu benda yang amat aku harapkan ialah degree tesl. Dan aku sangat berharap kao, kao, dan korang akan sokong pilihan aku. Dan aku sangat berharap agar kao, kao dan korang tidak mempertikaikan pilihan aku ini. tolong. tolong doakan aku berjaya dalam mengejar cita-cita aku. tolong....


## aku bersyukur dikurniakan kawan-kawan yang baik macam kao, kao, dan korang. 
### belajar daripada kesilapan lalu kim. hwaiting ! 
#### moga pelangi indah bakal menghiasi hari yang kelam sesudah titisan renyai membasahi bumi.


Sekian.

Kolej Melati

assalamualaikum and hye everyone ! :)
* ini entry cepat. HAHA :p
KOLEJ MELATI :Kolej Melati mempunyai kapasiti 3450 pelajar dan mula beroperasi pada semester November 2002. Terdapat 4 blok iaitu blok 4A mempunyai ketinggian 8 tingkat manakala blok 4B,10 tingkat dengan muatan dua orang sebilik. Kemudahan lif disediakan bagi kedua-dua blok tersebut manakala blok 3A dan 3B masing-masing mempunyai ketinggian 4 tingkat dengan muatan 4 orang sebilik. Pejabat Pengurusan Kolej terletak di bahagian bawah antara blok 3A dan blok 4A.

Kolej Melati terletak berhampiran dengan Kolej Teratai, bersebelahan Kolej Mawar dan berhadapan Blok III (Twin Tower / Menara SNT ). 
Sumber : Cik Faryna Laryna (FB)
## semangat tak aku nak masuk kolej ? HAHA. dan yang paling tak bestnye im alone. ramai kawan TESL dapat satu uni dengan aku, tapi malangnya mereka semua dapat kolej mawar. ohh, boleh tak aku nak buat surat rayuan tukar kolej ? HEHEHE. :p 
sekian.

Friday, July 22, 2011

Panorama 1

Cantiknya ciptaan Tuhan, ALLAH itu Maha Besar.

# lokasi - Muara Sungai Terengganu.

Thursday, July 21, 2011

Saya Dari Universiti Teknologi Mara :)

Assalamualaikum and happy thursday ! :)



### oke.mungkin aku terlalu exsaited nak cari kawan-baru-yang-dapat-sama-course-dengan-aku-tyme-degree-nanty. :p

  • Nama penuh rasanya tak perlu kot. hehe. just call me kimah or kim. * tyme asasi dulu budak-budak nie panggil aku cik kim. depends atas korang lah ye. :D 
  • saya baru habis asasi dekat uitm kuantan sane. dan bakal melanjutkan pelajaran jugak di UiTM tapi bukan dekat kuantan dah. saya akan sambung degree saya dekat uitm shah alam pada bulan september tahun 2011 nanty. lebih kurang sebulan setengah lagi lah kot. Dan bakal menginap di kolej Melati. anyone yang tahu dekat mane kolej melati ? seriously i dont know anything bout the location. huh. i need a map. :|
  • Bakal menjadi siswi part one dalam fac masscomm. dan course yang saya dapat ialah publishing. Is there any senior here ? or sesiapa yang dapat satu course dengan saya ? jom lah kite daftar sekali nanty. Heheehe :D
*Terima Kasih UiTM kerana masih menyayangi saya ! Sayang UiTM. Hehehe ! :D
*Dan nak tanya nie, tyme degree nanti takde orientasi dah kan ? HAHA



Sekian.
 







 

Segmen cx's : geng UiTM by campus

assalamualaikum and hye ! 
* hari nie terlebih rajen hupdate blog sampai due tige kali. HAHA 

ok.pendekkan cerita. 
 


oke.done with all the title and header things. 
sekarang ayuh ! mari menjawab soalan daripada owner segmen nie pulak ! :)
# UiTM campus mana
i actually ex-teslian from UiTM campus kuantan, Pahang. BUT, bulan 9 nanti i akan daftar masuk degree dekat UiTM Shah Alam. (:

# Course apa 
i masa tahun 2010 amek asasi TESL dekat kuantan sana, DAN nanty bulan 9 tahun 2011 nie pulak i akan belajar degree course masscomm-publishing dekat SA. 

# Part Berapa
i sekarang sedang menghabiskan cuti dan inshaALLAH bulan september nanty bakal bergelar mahasiswi part 1 di fac mass comm. HEHE ada tak anyone yang dapat course sama dengan kim ? then pm me oke ! :)

 # Dan saya tag mereka ini
Dan jugak kepada semua bloggers yang singgah entry ini. :)


Sekian.

Menara Gading

assalamualaikum dan hye ! :)

### Firstly, nak mintak maaf sebab dah lama tak update blog, kerna line internet kurang mengizinkan. HEHE :p 


 Orang cakap kan Ta semestinya apa yang kita selalu impikan itu, akan selalu jadi hak milik kita. Mungkin ini satu percaturan hidup di mana kita harus ingat di mana-mana ada rezeki kita. 
 Dan seharusnya diri ini bersyukur kerna mendapat peluang untuk terus menyambung pelajaran ke menara gading.  

Tahniah untuk semua rakan-rakan Matrikulasi, Asasi UiTM, dan juga PASUM. :)
Dan kepada yang berdukacita, insyaALLAH sesuatu yang lebih baik akan menyusul selepas ini.

Dan buat saya :

InsyaALLAH selamat belajar 3 tahun di UiTM Shah Alam.
daftar 7 September 2011 * mood raya lagi tuh. adoyai.

 Sekian. 



Thursday, July 07, 2011

03072011 - Part 2

assalamualaikum dan salam sejahtera ! :)

      Lepas je sampai dekat kedai, borak-borak, bukak lappy sambil dengar lagu, tetibee terdengar irama keroncong yang amat melucukan. ohh, wahai perut, bersabarlah kao. kesian dikao kerana menjadi mangsa keadaan. HAHA. ehh, lupa pulak, sebelum balik kedai,kim dan zatie pergi hantar nadya balik rumah makcik die dekat losong. aina pulak balik rumah die terus. Jadi hanya kami berdua yang tinggal. Zatie lepak dengan kim dulu dalam kedai sebab petang tu kami nak pergi satu tempat. tempat apa ? secret ! :) dan dan lepas berbincang cara untuk menghilangkan irama yang mempesonakan itu, zatie powm pergi beli set lunch McD tu. senang. hanya drive-thru je. 

     Makan-makan sambil bukak cerite lama, cerita zaman plkn dulu. sedar-sedar dah nak dekat pukul 4.30. So, tyme untuk tutup kedai ye. * kim balek awal hari tu. huahuahua.   Tepon aina cakap dah nak gerak pergi secret place iaitu PANTAI BATU BURUK. lama giler ta pergi sana. rindu nak makan float a&w. haha. asyik nak makan je kann. okay, cut the crap ! 

   tunggu punye tunggu sampai jugak aina. Dan kami powm bersuka-ria dengan hati yang  masih geram dengan kejadian tengah hari yang memalukan itu. huhu. Dan kisah ini TAMAT apabila semua melambaikan tangan 'Moga Jumpa Lagi' dan balik ke rumah masing-masing. Sekian. :)

- Kami ialah Pengawal Pantai Sambilan -

the END.

Spontaneous Thursday @ 3

assalamualaikum dan salam satu malaysia :)

- Lesen P -

the END.

Monday, July 04, 2011

03072011 - Part 1

assalamualaikum and hye reader(s).

*INI CERITA HARI KELMARIN*
Disebabkan waktu kerja yang berlainan dan ketidaksamaan OFFDAY kami, JADI, kami powm plan nak keluar lunch semalam. Dan yang paling untungnya ada orang-nak-belanje-makan. So, dengan penuh segala excited nye, kami powm terus je setujuuuuuuu.

tepat jam 1.10 petang, zatie dan nadya sampai dekat kedai tuk amek kim. Lepas tu, kami tunggu ceraf datang ambik kami sebab DIA lah yang tukang nak belanje nye. ingatkan nak belanje dekat kedai makan TETAPI rupa-rupanya abang die kawen. Dan makan tengahari yang dijanjikan itu adalah nasi beriyani kenduri kawen. ohh WHAT ? macam histeria je semalam tyme nak masuk dalam majlis tu. segan KOT. hello Asyraf ! sini terengganu lah. NOT k.L ok. huh. buat malu je semalam. ramai-ramai orang semua pakai baju kurung, yang laen dan pelik daripada orang lain hanya KAMI BEREMPAT sahaje. Sebab terlalu segan, kiteorang ta makan powm,. just minum air je. lepas tu terus balik ke kedai. ohh, jaga kao ceraf, nanty kene ahh kao. :p
* nantikan kemunculan part 2 ye. :)

Sunday, July 03, 2011

Happy Birthday my special-bestfriend :)

assalamualaikum dan selamat pagi semua. :D

* mula-mula sekali nak ucap terima kasih pada abang-abang sebelah kedai sebab dah tolong saya buka kedai tadi. - kunci terlekat kat dalam, lepas satu jam baru lah boleh tarik keluar.- Walaupun saya tahu kalian tak kan baca entry ini sebab korang tak tahu yang saya ada blog, ketahuilah bahawa saya amat menghargai pertolongan kalian tadi. terima kasih. :)

to my special bestfriend, 
.Nur Izzati binti Mustahna.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU !

       Dear ijat, kao lah kawan kedua aku selepas jannah dekat Uitm Kuantan. Mula-mula ingatkan kao sombong TAPI ternyata tak, kao baik. Malahan kita pakai beg yang sama-jenis-sama-warna kan masa hari daftar masuk semester satu dulu. lepas tu, di mana ada aku, selalu ada kao, dan jugak sebaliknya sepanjang minggu orientasi tu. Group kita juga bersebelahan dan bilik kita juga berhadapan. pergi makan sama-sama, duduk dalam dewan DSG sama-sama kan sampailah balik powm duduk dalam bas sama-sama. Lepas sampai dekat kampus, kita diberi cuti selama seminggu kan. Kita terus berhubungan through fon, add akaun facebook. balas-balas komen, upload gambar tyme MDS. happy time kann. :)

Even kita berlainan kelas, berlainan bilik, kita tetap kawan baik kan. kebetulan jannah satu kelas dengan kao, persahabatan itu makin bertambah erat. dan kemudian lengkap dengan kehadiran sarah dan fina. kemudian kita tinggal satu dorm dekat lkpim tika sem 1 dan satu bilik lengkap dengan aku, kao, sarah, jannah dan fina dekat sekilau masa sem 2. Secara ta langsung masa kita banyak dihabiskan bersama kan. keluar makan ramai-ramai, berkongsi cerita, kao ngan jannah dan fina suka usik aku sampai aku nanges kan, hehe. Semua itu bagi kenangan terindah pada aku. 

ijat,
terima kasih kerana sudi jadi telinga bagi aku,
terima kasih kerana sudi jadi mak aku * rujuk pada nasihat-nasihat kao pada aku.
terima kasih kerana jadi partner aku makan, partner aku study, partner aku dengar lagu.
terima kasih kerana tolong belikan nom pin ipg untuk aku.
terima kasih kerana teman aku pegi mana-mana.
terima kasih kerana sabar dengan sikap aku yang sering berubah-ubah nie.
terima kasih kerana ajar aku pakai shawl. hehee
terima kasih kerana bagi aku tidur katil bawah * katil ku katil mu jua. :)
terima kasih kerana hadiahkan aku persahabatan ini.
terima kasih atas segalanya.
terima kasih. :D

DAN juga,
maafkan aku jika ada salah dan silap. 
coretan buat kao :-

Dia dipanggil cahaye,
Dia dipanggil ijat,
Dia bernama izzati,
Dia cantik orangnya,
Dia baik pekertinya,
Dia rajin perilakunya,
Dia penyayang sifatnya,
Dia selalu ada,
Dia selalu tersenyum,
Dia teristimewa !

* ini masterpiece daripada hakimah mohamad khas buat insan bernama nur izzati binti mustahna :)

the END.

Saturday, July 02, 2011

Happy Birthday Qila :)

assalamualaikum and happy saturday peeps ! :)
.02 JULY 2011.

Happy Birthday Qila Munira.
-kita dah kawan sejak tusyen tingkatan lima sampai sekarang-
awak kawan terbaik-tercomel yang pernah saya ada
kenangan sama-sama belajar dalam kelas tusyen dulu akan sentiasa di ingati
tak sangka kan pertemuan yang tidak diduga akan berkekalan hingga ke hari ini.

- moga awak sentiasa di-rahmati dan dilindungi ALLAH.
- moga awak akan dapat apa yang awak impikan selama ini.
- moga awak akan selalu ceria dan gembira.
- moga sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.
* new month.new dreams.new header.new colour. :) 
* DAN tak lupa jugak nak ucap HAPPY JULY !

the END.

Thursday, June 30, 2011

Spontaneous Thursday @ 2

assalamualaikum and hye :)


- Group Senior dan Junior TESL UiTM Kuantan -


the END.

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday @ 4 - Salam Israk-Mikraj 1432

assalamualaikum dan selamat sejahtera :)
* Wordless wednesday kali ini bukan hanya terselit gambar tetapi juga sedikit kata-kata sebagai renungan bersama.


Hari Rabu bertarikh 29 jun 2011 bersamaan dgn 27 rejab 1432 ialah satu tarikh penting dalam sejarah Islam di mana umat Islam akan memperingati satu peristiwa agung iaitu Israk Mikraj.
  .................................................................................
Firman Allah SWT,
   
Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1

...........................................................

Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:


1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.


2. Tempat yang berbau harum.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).


3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).


4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.


5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.


6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.


7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.


8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.


9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.


10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.


11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.


12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.


13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
.............................................................................................................

Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.


Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:


Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.


2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.


3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.


4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.


5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.


6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.


7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).


8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.
Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.


10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.


Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.


(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)


Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa yang lebih penting adalah kita hendaklah menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.

  • Sekiranya kita dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa penting ini, kebarangkalian besar kita mampu mengelakkan diri kita daripada melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT dan berlumba-lumba untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang diperintah oleh Allah SWT.
  • Peristiwa Israk Mikraj juga, untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.Orang kafir quraisy Makkah di zaman Nabi Muhammad SAW langsung tidak mempercayai peristiwa itu, malahan memperolok-olokkan baginda sesetelahnya bercerita kepada mereka dan ramai di kalangan umat Islam ketika itu murtad kerana tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj baginda SAW dalam tempoh masa yang singkat berlakunya dan tidak masuk akal. Tinggallah segelintir umat Islam yang keimanan mereka tinggi dan teguh yang membenarkan serta mempercayai peristiwa yang dialami oleh baginda SAW.
Pensyariatan kefardhuan solat lima waktu sehari semalam merupakan pensyariatan secara langsung daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW berbanding pensyariatan Islam yang lain dengan perantaraan Malaikat Jirail AS dan sebagainya.
 
Selamat Menyambut Hari ISRAK-MIKRAJ Kepada semua Muslimin dan Muslimat. 

 * sumber info di ambil daripada PMRAM

the END.

Tuesday, June 28, 2011

apa-tujuan-AKU-buat-BLOG-nie ?

assalamualaikum and hye ! :)

* hari nie 26 rejab.ohh lagi sebulan dah nak masuk bulan ramadhan. ohsem >.<

APA-TUJUAN-AKU-BUAT-BLOG-NIE ?

     Sebenarnya aku nie boleh lah dikatakan orang yang tergolong dalam golongan yang TA berapa na celik IT. Blog ini diwujudkan sekitar bulan lapan ataupun Ogos tahun dua ribu sepuluh. Ini semua pengaruh lepas aku baca dan blogwalking blog-blog senior dan juga kawan-kawan aku. Mula daripada itu lah, aku mula belajar apa itu FOLLOWER. apa itu BLOG. dan TUJUAN PERTAMA aku buat blog nie ialah sebab nak FOLLOW blog kawan aku. Aku suka baca blog dia sebab dia letak gambar besar-besar plus dia pandai berceloteh. She is Aqilah Ashari. Dia nie pelajar asasi law. Kami lain-lain course. Sem satu aku ta berani na sapa die. TAPI alhamdullillah bile dah naek sem dua, okay je bile sapa-sapa kalau terserempak. hehee. 

    Dulu masa mula-mula ada blog,aku main hentam je apa yang aku rasa aku nak tulis dalam blog nie. Seriously, aku tak pernah fikir apa orang nak kata ke apa, SEBAB aku ingat kawankawan aku takkan jumpa blog nie. Dan ternyata aku silap, dunia IT sekarang terlalu pantas, klik sana tekan sini keluarlah apa yang kita nak cari kan. Disebabkan perasaan segan jugak, aku sanggup delete entry yang lepas-lepas yang aku-rasa-macam-terlalu-erghh-tatau-nak-cakap-macam-mana. huhu. Entah pape kan aku. Mungkin sikap aku yang terlalu rendah diri dan takut untuk ke depan kot. emmm. :(

    Sekarang aku lebih peka dan tahu apa yang aku nak sebenarnya. Selain itu, tujuan blog ini ditubuhkan adalah kerana aku mahu berkongsi pengalaman hidup aku yang mungkin akan memanfaatkan orang lain tatkala membacanya. YA ! Aku akan lebih serius dan lebih fokus dalam memilih penggunaan kata dan ayat dalam blog ini. Bagi aku, apa yang penting ialah niat yang ikhlas dan jangan sesekali melanggar batas dan adab kita sesama manusia. Dan aku selalu membaca tips-tips menjadi blogger yang berjaya daripada blog-blog kepunyaan orang femes seperti cik epal, encek BEN, kak yuyu zulaikha, kak Nisa Kay, kak Fatin Liyana, dan juga blog Marya Hanna.

    Wahai pembaca serta yang telah jadi follower blog ini, aku ucapkan ribuan terima kasih kerna menyokong aku selama ini. TERIMA KASIH berjuta-juta kali. :)

the END.

Monday, June 27, 2011

day SEVEN - 10 Important People

assalamualaikum and hye :)

- day Seven -
10 important people

  • my beloved father, encek MOHAMAD BIN SULAIMAN.
  • my beloved mother, puan AZIZAH BINTI IBRAHIM.
  • all my siblings, brothers and sister.
  • my gorgeous friend - Najihah
  • my beautiful friend - Nuraini
  • my sporting friend - Zatie Chik
  • my humourous friend - Aina Husna
  • my soulmate friend - Maisarah
  • my gossipping friend - Atika
  • and all my friends ! <3
- sorry sebab aku dah lama ta update game nie. inshaALLAH aku akan cuba lengkapkan game nie. 

the END.

Friday, June 24, 2011

Ini memang COOL !

assalamualaikum and happy friday peeps ! :)


petikan kata-kata daripada Aqilah Aman punyer status dekat facebook sane :-


ok. Ini memang COOL. 
girls, korang boleh simpan impian.doa banyak-banyak agar dapat calon suami macam nie.
dan sesungguhnya jodoh itu ditangan-MU ya ALLAH.

mak saya cakap :- umur da semakin dewasa nie, kena lah cari lelaki yang betul-betul na jadi calon suami. Jangan yang hanya untuk suka-suka. 
- ohh mak, kakak baru 19 tahun. degree ta sambung lagi.-
segan. okbye. :)

the END.

Thursday, June 23, 2011

Spontaneous Thursday @ 1

assalamualaikum and happy thursday everyone. :)



-Nak pergi beli Yong Tau Foo dekat Pasar Minggu.-


the END.

Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday @ 3

assalamualaikum and happy wednesday :)

 


its really fun. :)
korang powm patut join this testing-your-vocab-words-games.

the END.

Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday @ 2

assalamualaikum and hye readers ! :)



the END.

Monday, June 13, 2011

alam persekolahan @ 2005-2009

hye ! hye ! hye ! 
* zaman di alam persekolahan *

my form-five-super-gojes-classmates ! :)

5 UPM@SPM 2009 : GRADUATION DAY :)

ADD-MATH CLASS WITH SIR ROSLI @ 4 UPM+2008

KESUMA 2009 @ NELAYAN BEACH RESORT

THE AWESOME GIRLS @ 2009

FRIENDSHIP FOREVER @ SPM 2009


  • saya nak putar balik masa dulu TAPI tanak amik SPM lagi. boleh tak ?
  • kawankawan supernova, even dimana korang berada. wish u all the best and good luck. (:
  • kawankawan supernova, nanty bile masingmasing da berjaya, dah ada family, dah ade kerjaya hebat, kite buat gathering besar-besar ehh.
  • kawankawan supernova, jika ada masa lapang, jom kite pergi ziarah sekolah, tengok balik kelas kite, padang tempat kite main, surau tempat kite solat, dorm tempat kite tido, kelas tempat kite tuntut ilmu.
  • kawankawan supernova, sekali berkawan, selamanya tetap berkawan. sekali bergelar seorang supernova, TETAP selamanya bergerlar supernova.
  • ingat bintang berkerlipan, INGAT SUPERNOVA. :)

walaupun jarak dan masa memisahkan kita.
kenangan itu sentiasa di hati.
^_^

the END.



Kedai Pengakap

assalamualaikum and hye readers. 

current situation : 
kedai nombor empat.
tepi tingkap.
menunggu customer yang mungkin datang mungkin tidak.
ok.sambung online.

tiga belas jun dua ribu sepuluh bersamaan dengan lima puloh satu hari

ohh. kim da kerja selama satu bulan dua puluh satu hari. 
da dapat lah merasa gaji pertama.
da dapat lah bagi dekat mak ayah serta nenek setakat yang mampu.
TAPI ta dapat lagi tuk belanje kawan-kawan tersayang kim 
sebab depa duk jaoh sangat.
bile korang nak datang kay tee hah wahai budak muadzam ?
teeheee. datang nanty bagitaw taw.

ada orang tanya kerja dekat mane.
ada orang tanya jual apa.
ada orang tanya ramai ke orang datang beli. *nie adikadik aku dekat umah yg sebok perli. huh. 
ada jugak orang tanya bile mase bukak nie.
ada orang tanya nom talipon kedai.
dan ada jugak orang tanya gaji berapa.

first. 
nie alamat kedai :
KEDAI PENGAKAP,
no 4, LOT 1632 BUKIT KECIL.
berhadapan dengan JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU,
bersebelahan dengan SMJK(C) CHUNG HWA WEI SIN.

second.
waktu perniagaan :
dibuka pada hari SABTU sehingga KHAMIS.
bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukl 5.00 petang.
JUMAAT dan KELEPASAN AM - TUTUP
rehat - pukul 1.00 hingga 2.00 petang.

third.
barang yang dijual :
menjual kelengkapan alatan uniform terutamanya uniform PENGAKAP.
-lencana persekutuan PENGAKAP MALAYSIA, buku skim panduan dan latihan, tali pinggang, baju, seluar, cap, baju korporat, baju uniform, baju t-shirt (ahli), baju-tshirt (pemimpin)-
  
gambar kedai ? 
nanty kim update balek k. 

akhir kata !

kepada cikgu-cikgu pengakap,
kepada ahli-ahli pengakap,
terutamanya yang tinggal di Kuala Terengganu.
ANDA SEMUA DIJEMPUT UNTUK DATANG KE KEDAI PENGAKAP.
MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMAJUKAN PERNIAGAAN INI.  

the END. 

Wednesday, June 08, 2011

Wordless Wednesday @ 1

assalamualaikum and hye peeps ! :)


Tuesday, June 07, 2011

dia adik saya ! - Shaheeda :)

assalamualaikum and nyte peeps !
korang apa khabar ? 
*penulis bajet ada orang baca blog cinonet nie. adui. 
 
hujan itu rahmat kan. 
sekarang tengah hujan lebat plus renyai-renyai.
ohh. bestnye berkelubung dalam selimut kan.
ok. LIGHT OFF pleasee.
eh. jap. bukan sekarang. nie tyme nak update blog.
ada satu cerita. korang nak tahu tak ? 
* sekali lagi penulis berada dalam mood perasan.harap maklum.
 ada seorang gadis yang dikasik+ditaruk(diberi) nama SHAHEEDA
ohhh. manis kan nama BELIAU. sesuai dengan perwatakan BELIAU yang GARANG. oppps :p
BELIAU berumur 17 tahun. ohh. nak amek SPM tahun nie. tekun budaknye nie. * okpujisikitje.bye :p
tinggal bersama keluarga tersayang di JB. kat selatan tuh. dekat je ngan rumah aku. dalam 7 jam perjalanan. 
........
erk. apa lagi eh info menarik pasal BELIAU nie ?
apa hubungan BELIAU dengan CIK KIM ?
kami perasan diri kami nie adik-beradik yang lain makayah kandung padahal takde kena-mengena pun.
dan die makcik saya nenek. * ini panggilan mesra kami.
faham ta ?
ta ?
macam nie. 
CIK KIM - nenek yang SUPER GOJES.
BELIAU - makcik yang DUPER PRETTY. * muka BELIAU macam amoi cina. lawa beb. :)

kadangkadang kami gaduh.kadangkadang kami bergurau. 
kadangkadang kami gelakgelak.kadangkadang kami nanges samasama.
sentiasa kami kongsi cerita.sentiasa kami care antara satu sama lain.
jarangjarang kami TA bertego sape.jarangjarang kami TA ingat satu sama lain.
naik turun. masam manis. pahit tawar. 
semuanya dah kami rasa. 

dan kesimpulannya hubungan ini dah bertahan selama 4 tahun.
ohh. sejak aku berada di alam persekolahan lagi.
2008.2009.2010.2011.
adik. 
sesungguhnya peristiwa yang terjadi dulu banyak mematangkan diri kita kan. 
seandainya sudah takdir dan jodoh antara kita masih kuat. nescaya kita tetap akan terus berhubung kan.
walaupun akak da banyak kali tukar nombor. adik pun sama. TAPI kita masih terus berhubung kan ?
masih ada lagi nombor-nombor adik dalam fon memori akak.
dan gambar-gambar adik juga masih tersimpan kemas dalam sebalik folder yang ada dalam simpanan akak. 
adik.
usia kita makin dewasa kan ?
walaupun akak matang 2 tahun daripada adik.* perkataan TUA tidak sesuai digunakan di sini. haha
 fikiran adik jauh lebih rasional berbanding akak terutamanya dalam hal emosi perasaan semua nie kan. 
terima kasih kerana berada disamping akak. terima kasih diatas segala bebelan. terima kasih diatas perhatian.
akak sangat terharu.okdah. hehe.

adik.
semoga berjaya dalam peperiksaan nanti.
inshaALLAH adik dapat lakukannya dengan sebaik mungkin.
jadikan abg i@ awak sebagai sumber inspirasi.
dan kalau ada masalah.
just tell me okay.

.............................................................................................................

dear SHAHEEDA. 
terharu ta ?
actually akak tataw kenapa akak tetibe rase nak post nie semua.
dan actually banyak lagi yang akak nak tulis tapi takkan na tulis entry panjang berjela-jela kan. 
sian adik pulak keletihan nak baca nanty. akak kan caring ! haha. :p
 kalau adik terharu baca post nie. maknanya akak da MENANG ! hehehe. :P
ok. dah mengantuk. esok kerja awal pagi. ohh. penat =.=
the END.