Aplaceformetoexpressmyfeelingsince

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 28, 2011

apa-tujuan-AKU-buat-BLOG-nie ?

assalamualaikum and hye ! :)

* hari nie 26 rejab.ohh lagi sebulan dah nak masuk bulan ramadhan. ohsem >.<

APA-TUJUAN-AKU-BUAT-BLOG-NIE ?

     Sebenarnya aku nie boleh lah dikatakan orang yang tergolong dalam golongan yang TA berapa na celik IT. Blog ini diwujudkan sekitar bulan lapan ataupun Ogos tahun dua ribu sepuluh. Ini semua pengaruh lepas aku baca dan blogwalking blog-blog senior dan juga kawan-kawan aku. Mula daripada itu lah, aku mula belajar apa itu FOLLOWER. apa itu BLOG. dan TUJUAN PERTAMA aku buat blog nie ialah sebab nak FOLLOW blog kawan aku. Aku suka baca blog dia sebab dia letak gambar besar-besar plus dia pandai berceloteh. She is Aqilah Ashari. Dia nie pelajar asasi law. Kami lain-lain course. Sem satu aku ta berani na sapa die. TAPI alhamdullillah bile dah naek sem dua, okay je bile sapa-sapa kalau terserempak. hehee. 

    Dulu masa mula-mula ada blog,aku main hentam je apa yang aku rasa aku nak tulis dalam blog nie. Seriously, aku tak pernah fikir apa orang nak kata ke apa, SEBAB aku ingat kawankawan aku takkan jumpa blog nie. Dan ternyata aku silap, dunia IT sekarang terlalu pantas, klik sana tekan sini keluarlah apa yang kita nak cari kan. Disebabkan perasaan segan jugak, aku sanggup delete entry yang lepas-lepas yang aku-rasa-macam-terlalu-erghh-tatau-nak-cakap-macam-mana. huhu. Entah pape kan aku. Mungkin sikap aku yang terlalu rendah diri dan takut untuk ke depan kot. emmm. :(

    Sekarang aku lebih peka dan tahu apa yang aku nak sebenarnya. Selain itu, tujuan blog ini ditubuhkan adalah kerana aku mahu berkongsi pengalaman hidup aku yang mungkin akan memanfaatkan orang lain tatkala membacanya. YA ! Aku akan lebih serius dan lebih fokus dalam memilih penggunaan kata dan ayat dalam blog ini. Bagi aku, apa yang penting ialah niat yang ikhlas dan jangan sesekali melanggar batas dan adab kita sesama manusia. Dan aku selalu membaca tips-tips menjadi blogger yang berjaya daripada blog-blog kepunyaan orang femes seperti cik epal, encek BEN, kak yuyu zulaikha, kak Nisa Kay, kak Fatin Liyana, dan juga blog Marya Hanna.

    Wahai pembaca serta yang telah jadi follower blog ini, aku ucapkan ribuan terima kasih kerna menyokong aku selama ini. TERIMA KASIH berjuta-juta kali. :)

the END.

No comments: