Aplaceformetoexpressmyfeelingsince

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 22, 2011

Kegagalan Bukan Penghalang bagi AKU !

assalamualaikum.
*** kegagalan itu amat sukar untuk diterima oleh setiap insan. 
dan pada setiap kegagalan itu menjadikan setiap insan menjadi lebih kuat.
inshaALLAH.
walaupun luaran nampak tabah, kuat, TAPI kenyataannya dalam jiwa ini terpendam satu perasaan yang amat sakit, sedih bila aku tahu yang aku ta dapat tawaran maktab. mungkin ini bukan rezeki aku. aku redha. aku pasrah. walaupun mak dan ayah tetap bagi sokongan kepada aku, TAPI kenyataannya mereka turut bersedih. mata ini, telinga ini menjadi saksi mendengar esakan tangisan mereka. dan sejujurnya pada masa tu aku merasakan yang aku tak berjaya membanggakan mereka malah sebaliknya menyebabkan mereka bersedih. dan aku terus bertambah pilu dan sesungguhnya semangat aku semakin tipis dan terus menipis. aku berusaha untuk menyembunyikan kepiluan aku dengan bergelak ketawa bersama adikadik ketika berada dengan mereka. 
dan pada saat aku berupaya menerima segalanya. aku diberitahu oleh kawankawan aku yang mereka berjaya mendapat tawaran iv medsi untuk terus menyambung perjuangan mengejar B.ed. Tesl. sesungguhnya, aku gembira dengan mereka. namun, pada masa yang sama aku semakin sedih kerana aku tidak layak untuk menduduki ujian medsi itu disebabkan keputusan muet aku yang hanya seberapa itu. aku akui aku cemburu dengan mereka. aku cemburu kerana mereka layak menduduki ujian tersebut. dan dalam memikirkan hal ini, airmata tetap tidak putus mengalir malah bertambah tika membaca status-status kawan-kawan yang berjaya di laman facebook. 
mungkin ini hanya sekecil-kecil dugaan yang harus aku tempuhi. mungkin ini hanya cabaran yang hanya untuk menguji kecekalan aku. mungkin ini yang sebaik-baiknya untuk aku. dan aku percaya di setiap sesuatu kejadian pasti akan terselit hikmahnya. aku bersyukur pada-MU ya ALLAH ya RABBI.
dan terima kasih kepada kawankawan yang tetap bagi sokongan terutama sarah dan irdina. terima kasih sangatsangat. semoga kita semua berjaya mencapai cita-cita kita. amin.

kini hanya tinggal kenangan. :(



the END.

6 comments:

Karya Hati said...

mungkin allah nk beri kejayaan untuk awak dengan cara lain :) be strong darl :)

Cik Kim said...

@ChaCha : terima kasih ye awak. inshaALLAH saya kuat. :(

Adeq Aien said...

no worries kim..
be strong...

Cik Kim said...

@Epy Ain : thanks sis. i really need it. thanks again. pray for me. :(

e'ka zulaikha said...

cik kim, jangan sedih2..
tak semua yang kita impikan, akan tercapai..
eka percaya, suatu masa nanti, cik kim akan menemui cinta baru cik kim..

gud luck! :D

Cik Kim said...

@E'ka zulakha : tq dear. :)